• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Penjara Berminat Guna Pistol Tidak Membunuh

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara berminat untuk menggunakan pistol berteknologi tinggi buatan Switzerland yang tidak membunuh tetapi mampu menyekat pergerakan banduan yang bertindak agresif.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata penggunaan pistol pemedih mata itu merupakan satu langkah pencegahan yang berkesan sejajar dengan keperluan semasa dalam mengurus banduan di penjara.

“Jika kita lihat sekarang, senjata ini turut boleh digunakan ketika berlakunya pergaduhan dan rusuhan di penjara.

”Ia sekaligus mengurangkan risiko kecederaan pada individu yang kena tembakan itu,” katanya selepas menerima sumbangan lima unit Senjata “Less Lethal“ JPX Piexon daripada syarikat Fortress Defence Sdn. Bhd. pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di sini, hari ini.

Zulkifli yang menerima senjata itu bagi pihak Jabatan Penjara berkata setakat ini pihaknya masih menggunakan senjata renjatan elektrik yang hanya boleh menembak satu individu sahaja pada satu-satu masa.

“Tetapi dengan penggunaan Senjata “Less Lethal“ JPX Piexon ini, ia dilihat mampu dilepaskan tembakan sehingga pada empat individu dalam satu masa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fortress Defence Sdn. Bhd., Carliff Ridzwan Carleel berkata senjata “Less Lethal“ JPX Piexon mengunakan cecair khas sebagai medium pengantara dan mampu menembak pada kelajuan 685 kilometer sejam sejauh 23 kaki.

Beliau berkata mereka yang terkena tembakan senjata itu akan mengalami gangguan penglihatan sekaligus menyekat pergerakan mereka. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Jabatan PenjaraPistol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd