• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lizard Squad Dakwa FB & Insta Terganggu Sebab Mereka

oleh AK-47
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan penggodam yang mengodam laman web syarikat Malaysia Airlines (MAS), The Lizard Squad mendakwa mereka yang bertanggungjawab menyebabkan gangguan ke atas laman sosial Facebook dan Instagram seluruh dunia hari ini.

“Facebook, Instagram, Tinder, AIM, Hipchat #offline #LizardSquad,” kata kumpulan itu menulis di Twitter hari ini.

BACA JUGA – Facebook Tergendala, Jejaskan Pengguna Seluruh Dunia

LizardSquad_1

Hari ini, berjuta-juta pengguna internet mengadu di laman sosial Twitter berkenaan gangguan di Facebook dan Instagram selepas mereka tidak dapat mengakses kedua-dua laman popular itu.

“Kami sedar satu gangguan yang menjejaskan Instagram dan sedang berusaha untuk memperbaikinya. Terima kasih atas kesabaran anda,” menurut kenyataan Instagram.

Pada pukul 3.10 petang, Facebook boleh diakses semula manakala Instagram pula boleh diakses kira-kira 10 minit kemudian.

Laman Facebook bagaimanapun, menafikan perkhidmatan laman mereka terganggu disebabkan kerja-kerja penggodam.

Semalam, laman web MAS telah digodam dipercayai oleh kumpulan sama.

Pada Isnin, laman web MAS telah digodam oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Khalifah Siber Rasmi.

Penggodam tersebut kemudian memperkenalkan diri mereka sebagai Lizard Squad, kumpulan yang mendakwa turut menggodam Xbox Live Microsoft dan Rangkaian PlayStation Sony tahun lepas.

– MYNEWSHUB.CC

Video Facebook Dan Instagram Alami Masalah Hari Ini

http://youtu.be/eOgxK4iWO3Q

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd