• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Sentuhan Rakyat Di Temerloh Catat RM100,000

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Program Jualan Sentuhan Rakyat bagi Parlimen Temerloh mencatatkan jumlah jualan tertinggi berbanding lokasi lain di Pahang iaitu melebihi RM100,000 sepanjang diadakan di tiga lokasi sebelum ini.

Pengerusi Sahabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Temerloh Datuk Juhanis Abdul Aziz berkata sasaran awal sebanyak RM100,000 itu berjaya diperoleh selepas mengambil kira hasil jualan daripada program tersebut yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan, Lanchang dan Mentakab baru-baru ini.

Menurutnya, selepas berjaya melepasi sasaran ditetapkan KPDNKK, pihaknya akan terus menggandakan usaha dengan mengumpul sebanyak mungkin jualan untuk sekurang-kurangnya tiga program lagi selepas ini.

“Program Jualan Sentuhan Rakyat Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan selama tiga hari berturut-turut selepas hari penamaan calon yang akan menambahkan lagi jumlah jualan terkumpul bagi program ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Juhanis yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Temerloh berkata, kerjasama yang baik dari pasar raya yang mengambil bahagian juga menyumbang kepada kejayaan melepasi sasaran jualan yang ditetapkan itu.

Beliau berkata menerusi program itu, pihaknya menyediakan sebanyak 28 jenis barangan keperluan seperti beras, telur, ikan dan ayam dijual pada harga murah bagi membantu rakyat.

Katanya, masyarakat di daerah ini khususnya digesa merebut peluang disediakan kerajaan untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan yang dijual pada harga murah berbanding harga di pasaran. – BERNAMA

Tags: Jualan Sentuhan RakyatTemerloh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

22/05/2025
0

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal...

Cabaran Bomba Selamatkan Mangsa Banjir Di Temerloh

Cabaran Bomba Selamatkan Mangsa Banjir Di Temerloh

18/10/2024
0

Kuantan : Kedudukan rumah terlalu rapat antara cabaran yang dilalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam operasi menyelamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd