• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Bersih Sampah Selesai Hujung Februari

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerja-kerja pembersihan sampah pasca banjir di pantai timur dijangka selesai hujung Februari, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Secara purata, katanya, sebanyak 2,000 tan sampah dikumpul setiap hari di Kelantan, Terengganu dan Pahang pada fasa pasca banjir.

“Kerja-kerja pembersihan pasca banjir masih berterusan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) kepada Solid Waste Corporation (SWCorp) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) juga akan memastikan fasiliti untuk pelupusan sampah dapat diaktif semula dengan kadar segera kerana banyak kambus tanah terjejas akibat banjir khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada majlis itu juga, Abdul Rahman melancarkan program Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) 2015 yang diadakan bagi menggalakkan aktiviti 3R di sekolah dan memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada sekolah yang cemerlang dalam melaksanakannya.

“Adalah diharapkan pertandingan ini akan memberi dorongan dan didikan yang diperlukan kepada pelajar-pelajar sekolah supaya mereka aktif dalam mengitar semula. Pelajar-pelajar ini pula kita harap dapat mempengaruhi keluarga mereka untuk membudayakan amalan 3R dalam kehidupan seharian,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=pZWlE36skGQ

Tags: BanjirSampah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd