• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pulau Pinang Lancar Manifesto PRU14

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang menggariskan enam teras utama bertemakan ‘Selamatkan Pulau Pinang’.

Enam teras yang diberi keutamaan termasuklah penyelesaian masalah banjir dan penggondolan bukit, penyelesaian masalah Perumahan Rakyat, penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas, pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pelancongan serta warisan.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata manifesto ini dirangka dengan mengambil kira pandangan serta maklum balas kesemua parti-parti komponen BN yang bergerak mengumpul maklum balas daripada rakyat.

“Manifesto ini merupakan perjanjian dan perlu dilaksanakan sekiranya BN menang di negeri ini,” katanya dalam ucapan perasmian manifesto di sini hari ini.

Majlis pelancaran manifesto BN negeri yang dilancarkan Teng turut dihadiri barisan kepemimpinan komponen parti tersebut termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Pengerusi MCA negeri, Datuk Tan Teik Cheng. – BERNAMA

Tags: Manifesto BN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd