• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Johor Tak Lupa Keperluan Anak Muda

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Anak muda di sekitar daerah ini menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang baru dilancarkan semalam sebagai menepati keperluan mereka.

Seorang daripadanya, Mohd Firdaus Mansor, 18, dari Bukit Siput, berkata tawaran manifesto itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah terlepas pandang akan keperluan anak-anak muda yang bakal menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Tipulah jika saya kata tidak ingin melanjutkan pelajaran ke IPT jika mendapat tawaran namun saya kena fikir juga beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga jika berjaya melanjutkan pelajaran.

“Sekarang ini pun, saya bekerja secara sambilan sebagai pembantu kedai bagi mengumpul duit poket sebagai persiapan jika mendapat tempat di IPT.

“Jadi, pengumuman bantuan RM1,000 kepada pelajar tahun satu yang memulakan pengajian di IPT itu sebenarnya tepat kerana dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung pelajar khususnya bagi mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagi Shia Mazlan, 24, dari Felda Pemanis pula, dia tertarik dengan perancangan kerajaan negeri dalam menjadikan Johor sebagai pusat ‘freelancer economy’ dan ‘digital nomad’ kerana menurutnya, ia bakal membuka peluang kepada anak muda untuk menambah hasil pendapatan mereka menerusi perniagaan dalam talian.

Katanya, dia yang kini bekerja sebagai pembantu kedai pakaian wanita di Bandar Segamat hanya sekadar bergantung kepada gaji bulanan untuk menyara kehidupan.

Buat seorang lagi anak muda yang hanya ingin dikenali sebagai Abdullah, 27, pendekatan BN Johor untuk menyediakan bantuan RM500 kepada mereka yang pertama kali berkahwin adalah tepat pada masanya memandangkan dia ingin menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini.

“Sebelum ini, saya ada mendengar tawaran bantuan awal perkahwinan daripada pihak pembangkang namun saya kurang percaya dengan kemampuan mereka untuk menunaikannya.

“Dengan adanya tawaran daripada BN ini saya tidak perlu lagi mengharapkan tawaran daripada pihak sebelah sana lagi, sekali gus membantu saya membuat persiapan perkahwinan,” katanya.

Semalam, melalui dasar Orang Muda Johor (OMJ), BN negeri mengumumkan beberapa insentif kepada golongan terbabit antaranya RM1,000 kepada golongan muda yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti awam dengan syarat pendapatan isi keluarganya RM3,000 ke bawah.

BN juga merancang menjadikan Johor sebagai pusat ‘freelancer economy’ dan ‘digital nomad’ bagi menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, selain akan memberikan bantuan RM500 kepada anak muda yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan RM3,000 dan ke bawah. – BERNAMA

Tags: Manifesto BN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd