• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Gentar Pembangkang Guna Satu Logo

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan tindakan Pakatan Harapan menggunakan hanya logo PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Katanya walaupun strategi itu bertujuan untuk mengelirukan pengundi, namun beliau yakin rakyat lebih bijak menilai dan sedar dengan pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan BN selama ini untuk memperkasakan taraf hidup rakyat .

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Empower MyKasih di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasik Chini di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Anggota Lembaga Pengarah Amanah Yayasan MyKasih Datuk Yaacob Md Amin.

Abu Bakar yang juga pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang berkata kerajaan sentiasa peka dengan pembangunan Orang Asli supaya mereka tidak tersisih daripada transformasi negara.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada program Empower dilaksanakan ECERDC yang memberi latihan kemahiran kepada golongan dewasa manakala pelajar sekolah menerima manfaat daripada pelaksanaan program Empower ECER-MyKasih yang membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.

“Setakat ini seramai 118 murid Orang Asli dari SK Tasik Chini menerima manfaat dari program yang diwujudkan. Hasil penyediaan kelas tuisyen dan motivasi secara tidak langsung prestasi pelajaran mereka semakin memberangsangkan,” katanya.

Abu Bakar berkata peruntukan sebanyak RM345,000 diberikan kepada SK Tasik Chini untuk pelaksanaan tiga projek iaitu Program Dermasiswa Pendidikan ‘Love My School’, Program Makmal Komputer ‘Abad Ke-dua Puluh Satu’ atau ’21st Century Classroom Transformation Project’ dan penambahbaikan Hostel Villa Gumum.

Beliau menambah inisiatif kerajaan itu bagaimanapun memerlukan kerjasama daripada ibu bapa supaya mereka terus memberi sokongan dan memastikan anak-anak hadir ke sekolah untuk mengembangkan potensi diri mereka.

“Kerajaan sentiasa menyediakan peluang serta ruang kepada sesiapa sahaja untuk meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi seterusnya mengubah landskap kehidupan ke arah lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: logopembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd