• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Edar Dadah Tumpas, Dadah RM8.7j Dirampas

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan lapan individu termasuk dua wanita yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah menerusi empat serbuan di sekitar ibu negara membabitkan rampasan dadah bernilai RM8.7 juta pada Rabu lepas.

Kesemua suspek warga tempatan berumur antara 19 dan 34 tahun itu ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Kuala Lumpur yang melancarkan serbuan antara pukul 5.15 petang hingga 5.50 petang.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata pemeriksaan di empat rumah sewa membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah disyaki 67 kilogram (kg) pil ekstasi, 36.3kg syabu, 6.5kg kokain dan enam gram ketamin.

“Kami turut merampas enam kereta, wang tunai RM4,972 dan pelbagai jenis barang kemas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi sindiket ini adalah menyimpan stok dadah berkenaan yang boleh digunakan lebih 400,000 pengguna itu di rumah sewa sebelum diedarkan kepada pasaran tempatan terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Kamarulzaman berkata semakan mendapati semua suspek tiada rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga negatif.

Katanya semua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu lepas bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan sama, Kamarulzaman berkata seramai 47,389 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sejak Januari sehingga Rabu lepas.

“Sementara nilai keseluruhan rampasan dadah bagi tempoh yang sama ialah sebanyak RM65.47 juta,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd