• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Dukun Jadi ‘Mangsa’ Lanun Cetak Rompak

oleh
14/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Datin Paduka Umie Aida meluahkan rasa kesal apabila filem lakonannya berjudul Dukun menjadi ‘mangsa’ lanun cetak rompak dan dijual di pasaran gelap.

Umie berkata, beliau mengakui amat sedih dan kecewa dengan tindakan biadab pihak tidak bertanggungjawab yang ‘membunuh’ industri filem tempatan dengan aktiviti cetak rompak.

“Saya rasa peminat sekarang sudah tidak membeli cetak rompak kerana masalah kualiti dan satu pembaziran. Namun, saya seru semua pihak memboikot dan bersatu dalam usaha membanteras isu cetak rompak ini.

“Kalau tiada permintaan, lambaklah banyak mana pun filem cetak rompak, orang tak akan beli. Saya percaya usaha ini tidak boleh dipikul oleh satu individu tetapi semua pihak perlu bersatu,” kata Umie dipetik sebuah portal online.

Menurut Umie lagi, beliau tidak meluahkan kerisauannya terhadap filem Dukun sahaja tetapi turut mewakili penggiat seni lain yang terlibat dalam menerbitkan filem-filem tempatan.

“Bukan sahaja saya risau sebab Dukun, tetapi juga untuk filem-filem lain yang akan ditayangkan selepas ini. Kalau kita tak banteras isu ini, sampai bila kita perlu berdepan dengan masalah sama?” ujar Umie lagi.

Sehubungan itu, Umie menggesa agar orang ramai memboikot gejala cetak rompak kerana kuasa tersebut hanya terletak di tangan para pengguna.

Selain itu, Umie juga meminta agar semua pihak berfikir jauh dan sama-sama berusaha mencari pendekatan bagi membanteras masalah cetak rompak.

“Kepada individu yang mencetak rompak filem-filem tempatan, sedarlah. Bukan senang kami sebagai pelakon, kru-kru produksi khususnya menghasilkan sebuah filem untuk tontonan peminat.

“Jangan fikir nak kaut untung tetapi dalam pada masa yang sama, membunuh industri. Saya sedih sangat bila peminat-peminat bagi tahu Dukun telah dicetak rompak,” gesa pelakon wanita tersebut.

Selepas 12 tahun ‘terperam’, filem arahan Dain Said ini akhirnya bertemu penonton di layar perak buat kali pertama pada 5 April lalu.

Filem kontroversi tersebut malah mencatatkan sejarah buat syarikat penerbitannya apabila berjaya meraih kutipan tertinggi sehingga RM1.5 juta pada hari pertama tayangannya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: DUKUNFilem DukunUMIE AIDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah Nampakkan Mana Sahabat, Mana Musibat” – Erma

14/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Selepas pelakon Datin Seri Umie Aida membuat luahan perasaan di Instagram miliknya gara-gara dikhianati sahabat baik, kakaknya...

Umie Aida Sindir Erra Fazira?

12/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida mencetuskan spekulasi apabila mendedahkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh seorang individu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd