• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saifuddin & Nasrudin Ulangi Pertarungan PRU13

oleh AK-47
14/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah dinamakan sebagai calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Pengumuman itu dilakukan oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang juga bekas anggota Parlimen kawasan itu dalam satu majlis Jamuan Makan Malam PRU14, di sini malam ini.

Ia sekali gus menyaksikan sejarah kembali berulang apabila Saifuddin akan menentang Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang telah dinamakan sebagai calon PAS yang akan bertanding di kawasan itu.

Pada PRU13 lalu, Saifuddin, bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu tewas kepada Nasrudin di Parlimen Temerloh dengan majoriti 1,070 undi..

Turut hadir pada majlis itu Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim.

Dalam pada itu, Fauzi pula akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing, manakala Anggota Parlimen Kuantan selama dua penggal, Fuziah Salleh akan mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga.

Selain itu, PKR turut mengumumkan calon-calonnya yang akan bertanding di kerusi DUN Semambu dan Teruntum iaitu penyandang kawasan berkenaan Lee Chean Chung dan Sim Chon Siang.

Di DUN Panching pula, PKR meletakkan Kamarzaman Mohamed Yunus dan Fakhrul Anuar Zulkawi sebagai calon di DUN Inderapura.

Pada majlis itu, PH turut menamakan calon daripada PPBM, Mohd Yazid Mohd Yunus untuk bertanding di Parlimen Paya Besar yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN). – BERNAMA

Tags: Datuk Saifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kempen Perjuangan Isu Palestin Perlu Diperhebat

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Perjuangan Palestin benar-benar memerlukan satu kempen besar-besaran masyarakat global bagi menamatkan penderitaan penduduk di wilayah yang bergolak...

Rai Kepelbagaian Pendidikan Negara – Saifuddin

10/11/2018
0

KUANTAN - Rakyat di negara ini perlu meraikan kepelbagaian dari segala aspek termasuk pendidikan yang menjadi tunjang kepada masa hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd