Saturday, October 12, 2024

Creating liberating content

Bayi Perempuan Ditemukan Di...

ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan sempurna fizikalnya dipercayai baru dilahirkan ditemukan di...

Nelayan Jumpa Mayat Tanpa...

LUNDU - Keterujaan seorang nelayan dan anak lelakinya untuk memperoleh hasil tangkapan yang...

BASARNAS Sudah Temui Bangkai...

Laman web Detik.com melaporkan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dilaporkan telah...

30 Hari PKP, Masyarakat...

KUALA LUMPUR - Hari ini (16 April), genaplah 30 hari rakyat Malaysia menempuh  dengan...

Rai Kepelbagaian Pendidikan Negara – Saifuddin

KUANTAN – Rakyat di negara ini perlu meraikan kepelbagaian dari segala aspek termasuk pendidikan yang menjadi tunjang kepada masa hadapan negara.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini kerana generasi muda merupakan golongan yang mencorakkan negara ke arah kemajuan dan pembangunan modal insan pada masa depan.

“Negara kita yang berbilang kaum ini mempunyai pelbagai kecenderungan dan kepentingan termasuk dalam pendidikan. Sebab itu di negara ini, kita ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina yang menggunakan bahasa penghantar masing-masing…begitu juga sekolah swasta serta sekolah antarabangsa.

“Sebagai sebuah negara demokrasi, kita perlu meraikan kepelbagaian ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Jamuan Top Ten Charity Kutipan Dana Untuk Sekolah Menengah Chong Hua Kuantan di sini, semalam

Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota menambah terdapat tiga elemen perlu dipupuk bagi memastikan hala tuju pendidikan berjaya mencapai matlamatnya iaitu sistem pendidikan yang unggul, kerjasama erat ibu bapa dan golongan pendidik serta melahirkan insan serta warga yang baik.


“Paling penting ialah matlamat pendidikan kita tidak hanya untuk melahirkan pekerja yang baik bahkan seorang insan serta warga yang baik bagi membangunkan negara dalam suasana aman harmoni,” katanya. – BERNAMA

Kategori