• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sentiasa Perkasa Agenda Pembangunan Islam

oleh AK-47
14/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Komitmen Malaysia dalam mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan dapat dilihat apabila kerajaan secara serius dan bersistematik melaksanakan pentadbiran negara melalui kerangka Maqasid Syariah dan pendekatan Wasatiyah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa memperkasa agenda Islam dalam pembangunan negara.

“Antaranya ialah Aku Janji terbaharu kerajaan untuk melahirkan seramai 125,000 huffaz professional dalam tempoh lima tahun serta menaik taraf Darul Al-Quran di Kuala Kubu Bharu menjadi Universiti Al-Quran,” katanya dalam perutusan bersempena sambutan Israk dan Mikraj 1439 Hijrah, yang dimuat naik di blog NajibRazak.com, hari ini.

Najib berkata Aku Janji itu merupakan satu komitmen yang tinggi antara peranan ulama dan umara dalam mentadbir dan memakmurkan negara selari dengan tuntutan al-Quran iaitu ‘baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur’ (negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun).

“Bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim yang bermaksud “Dua golongan manusia yang jika elok keduanya, maka eloklah orang ramai, dan jika rosak keduanya maka rosaklah manusia, mereka itu ialah ulama dan umara”,” katanya.

Najib berkata hadis tersebut menunjukkan betapa pentingnya ulama dan umara saling berperanan dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah SWT dalam menguruskan sesebuah negara.

Justeru, beliau berkata rakyat mestilah memilih pemimpin dan kerajaan yang sentiasa menjaga agama, memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat agar keamanan dan kemakmuran sekarang dapat dikekalkan.

​​​​​​​Dalam menyingkap hikmah Israk dan Mikraj, Najib berkata negara juga sedang meniti satu perjalanan yang hebat bersama-sama rakyat menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang sekaligus mengekalkan keutuhan jambatan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.

“Pelaksanaan TN50 ini dapat dilihat bukan lagi terikat dengan indeks kemajuan material semata-mata, bahkan turut berkisar tentang pembinaan sebuah ketamadunan,” katanya.

Beliau berkata peristiwa Israk dan Mikraj yang disambut setiap tahun sememangnya dinantikan oleh seluruh umat Islam kerana manfaatnya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan Iman terhadap kekuasaan Allah dan kebenaran perutusan Nabi Muhammad SAW.

Katanya peristiwa itu mengingatkan umat Islam dengan idealisme dan perjuangan Rasulullah SAW yang wajar ditekuni ibrahnya selain pelbagai pengajaran dan pedoman boleh diteladani melalui peristiwa tersebut terutamanya dalam melaksanakan tadbir urus negara.

“Mengakhiri perutusan ini, marilah kita hebatkan negaraku bersama-sama dan berusaha melazimi amalan yang baik dalam kehidupan seharian.

“Semoga seluruh umat Islam menghayati peristiwa agung ini supaya menjadikan kita sebagai khaira’ ummah. Selamat menyambut Israk dan Mikraj tahun 1439H,” katanya.

Israk dan Mikraj disambut esok iaitu pada 27 Rejab setiap tahun hijrah. Peristiwa Israk merupakan perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil, manakala peristiwa Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW naik ke langit dengan ditemani malaikat Jibrail dan bertemu Allah SWT. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd