• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Hargai Jasa Khidmat Wartawan & Wartawan Sambilan

oleh AK-47
13/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan wartawan termasuk wartawan sambilan yang menjadi penghubung dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat sejak dahulu lagi.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata pelbagai bantuan telah diberikan kepada wartawan yang menghidap penyakit kronik dan terlibat dalam kemalangan sama ada semasa sedang bertugas ataupun bercuti bagi membuktikan keprihatinan perdana menteri terhadap kebajikan pengamal media di negara ini.

“Kalau kita lihat sumbangan wartawan di negara kita amat jelas sekali dalam mencorak keharmonian negara dan perdana menteri sangat menghargai setiap khidmat bakti yang dicurahkan wartawan termasuk wartawan sambilan dan wartawan veteran.

“Sumbangan dan bantuan adalah untuk meringankan beban wartawan terutama wartawan veteran yang kebanyakannya telah bersara lebih 15 tahun lalu dan tidak mempunyai pencen dan kehabisan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kegunaan rawatan penyakit mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan cek daripada perdana menteri kepada enam wartawan veteran Perak di sini petang ini.

Akmar Hisham berkata kebanyakan wartawan termasuk wartawan veteran yang dibantu merupakan penghidap penyakit barah dan lumpuh di mana kebanyakan daripada mereka juga sering kali berhadapan masalah kewangan berikutan kos rawatan yang tinggi.

“Malah ada di antara wartawan yang terlibat dalam kemalangan dan bantuan seumpama ini sudah tentu dapat mengurangkan beban keluarga dan wartawan itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima sumbangan, Mohd Khairi Abd Karim, 77, berkata dia sangat bersyukur dengan sumbangan tersebut dan berterima kasih kepada perdana menteri yang begitu prihatin dengan nasib wartawan veteran.

Mohd Khairi yang pernah berkhidmat di beberapa surat khabar seperti Utusan dan Berita Harian sejak tahun 1958 berkata pelbagai cabaran dan pengalaman telah dilaluinya terutama di zaman pemerintahan Perdana Menteri Ketiga Tun Hussein Onn.

“Terlalu banyak kenangan dan antara yang paling saya ingat adalah rencana saya yang mendapat perhatian orang ramai mengenai sikap Allahyarham Tun Hussein Onn ketika itu yang begitu baik dan cemerlang,” katanya yang kini menetap di Chenderong Balai di sini.

Wartawan Sambilan Berita Harian dan Harian Metro, Abu Bakar Sidek Hashim, 77, turut melahirkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan perdana menteri memberikan mereka sumbangan berkenaan.

“Kami wartawan veteran tidak mempunyai pendapatan tetap dan sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd