• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Pemasangan Bahan Kempen PRU14

oleh AK-47
13/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) supaya tidak memasang bahan kempen di mana-mana premis dan pepasangan elektrik milik syarikat itu berikutan risiko tinggi.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman dalam satu kenyataan berkata perbuatan tersebut amat berbahaya dan berisiko mengakibatkan renjatan elektrik dan percikan arka (flashover) yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa.

Beliau berkata perbuatan berbahaya itu turut menyalahi peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) yang boleh mengakibatkan pelaku didakwa dan didenda, sekiranya didapati bersalah.

“Justeru, diminta kerjasama semua pihak supaya tidak memasang sebarang bahan kempen pada atau berhampiran pepasangan elektrik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh tiang bendera di bawah mana-mana pepasangan elektrik kerana dikhuatiri boleh menarik arus elektrik, sekali gus menyebabkan renjatan bagi mereka yang berada berhampiran.

Roslan berkata, TNB menerusi rondaan rutin akan menurunkan bahan kempen pilihan raya yang berisiko menimbulkan bahaya dan masalah kepada pengguna.

“Orang ramai yang ternampak situasi yang boleh mengancam keselamatan atau menjejaskan bekalan elektrik, diminta menghubungi Facebook TNB Careline atau menghubungi TNB Careline di talian 15454 supaya tindakan sewajarnya dapat diambil segera,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Roslan Ab RahmanPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd