• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Perak Bertanding 5 DUN, 14 DUN Pada PRU14

oleh AK-47
13/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – PKR Perak akan bertanding bagi lima kerusi Parlimen dan 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya Dr Muhammad Nur Manuty.

Katanya lima kerusi parlimen itu ialah Padang Rengas, Sungai Siput, Gopeng, Bagan Datuk dan Tanjung Malim manakala kerusi DUN pula melibatkan Kenering, Batu Kurau, Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Alor Pongsu, Chenderoh, Lintang, Hulu Kinta, Bukit Chandan, Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Sungai Manik dan Hutan Melintang.

“Kita telah bersiap sedia untuk memasuki PRU14 dan saya ingin melaporkan bahawa rundingan kerusi-kerusi dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan telah selesai,” katanya pada sidang media selepas melancarkan jentera dan penyerahan bahan logistik PRU14 peringkat negeri di Pejabat PKR negeri di sini hari ini.

Muhammad Nur berkata pilihan raya kali ini akan melibatkan calon muda, baharu dan wanita yang akan diumumkan sebelum penamaan calon.

“Senarai calon kini dalam saringan akhir dan sedang dimuktamad di peringkat atas setelah mendapat mandat daripada peringkat pusat,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.

Pada PRU13, Barisan Nasional menang 31 daripada 59 kerusi dalam DUN Perak, DAP 18 kerusi manakala PKR dan PAS masing-masing lima kerusi.

Pada PRU13 lalu, PKR bertanding bagi 10 kerusi Parlimen dan menang di Sungai Siput, Lumut dan Gopeng manakala bagi kerusi DUN, parti itu menang lima kerusi masing-masing Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Simpang Pulai, Teja dan Hutan Melintang daripada 19 kerusi yang ditandingi. – BERNAMA

Tags: Dr Muhammad Nur ManutyPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd