• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dah 2 Tahun, Lagu Baru Zamani Masih ‘Terperap’

oleh
14/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APABILA tidak ada lagu baharu, ramai pula yang minta suruh keluarkan single baharu… Tapi apabila sudah ada, tidak dapat sambutan pula.

Menurut penyanyi Zamani yang merupakan vokalis kumpulan Slam, dia berasa agak terkilan dengan beberapa stesen radio di Malaysia kerana single baharunya, Tambatan Hati tidak dimainkan sama sekali.

“Saya sebenarnya terkilan apabila single saya yang dikeluarkan langsung tidak mendapat sambutan daripada peminat,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Tambah Zamani lagi, dia berasa bagaikan ada yang tidak kena apabila lagunya langsung tidak ke udara.

Lagu Tambatan Hati sudah lama diterbitkan sekitar dua tahun lalu, namun apabila ia tidak dimainkan di stesen radio, pastilah tiada sambutan yang diterima oleh peminat.

“Sejujurnya saya tidak pernah mendengar sekali pun lagu itu dimainkan di mana-mana stesen radio di Malaysia.

“Namun sehingga sekarang saya tidak tahu punca kenapa stesen radio tak mainkan langsung lagu itu.

“Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya serik untuk keluarkan single baharu namun saya melihat perkara itu daripada sudut positif untuk berusaha lebih keras lagi selepas ini,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, sekitar tahun 2015 yang lalu, satu video memperlihatkan penyanyi kegemaran ramai itu sedang menyanyi dalam keadaan tangannya digari telah tersebar bebas.

Ketika itu, penyanyi lagu Tak Mungkin Berpaling itu didapati bersalah atas keasalahan penyalahgunaan dadah di Ampang Jaya, Selangor sekitar Januari tahun yang sama.

Bagaimanapun, lima suspek yang merakamkan video berkenaan telah berjaya ditahan oleh pihak polis atas bantuan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Namun Zamani secara terbuka hati telah melupakan kejadian itu dan turut memaafkan kelima-lima suspek yang terlibat.

Dalam masa yang sama, pada 2 Mei ini, Zamani bakal mengadakan Konsert Pentas Maya Bersama Zamani.

Konsert berkenaan merupakan anjuran daripada Pentas Maya dengan kerjasama pihak Mobilewerkz Technologies.

Secara langsung ia menjadikan konsert berkenaan sebagai konsert pertama yang diadakan secara atas talian.

Para peminat boleh melayari laman web www.pentasmaya.com bagi mendapatkan akses menonton konsert berkenaan dengan harga RM30 sahaja. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: Netizenzamani
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd