• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Rugi RM34,150 Kerana Sepasang Kasut

oleh Ahmad Albab
13/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM34,150 selepas diminta membuat beberapa transaksi wang kononnya sebagai bayaran mendapatkan sepasang kasut kiriman kenalan media sosialnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata wanita berusia 57 tahun dari Tembangau, Bera mendakwa seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Kadir Ibrahim melalui laman Facebook pada 29 Mac lepas, memberitahu ada mengirimkan kasut kepadanya.

Mangsa kemudiannya menerima panggilan daripada seorang wanita pada 9 April bagi memintanya menjelaskan bayaran RM3,900 sebagai caj penghantaran kasut tersebut dari Kuala Lumpur ke Bera.

“Wanita itu sekali lagi menghubungi mangsa pada hari sama memberitahu dia perlu menjelaskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM7,900 kerana mendakwa terdapat wang USD300,000 dalam bungkusan kasut itu.

“Selepas memasukkan wang itu, mangsa diminta pula membayar RM22,350, didakwa sebagai cukai lain yang dijelaskan mangsa pada 10 April lalu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata merasakan dirinya ditipu selepas gagal menghubungi rakan sosialnya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan penahanan seorang lelaki berumur 27 tahun di sebuah rumah di Perumahan Kempadang 2 di sini hari ini, kerana disyaki menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen.

“Polis turut merampas 109,314 risalah pinjaman wang menggunakan tiga nombor telefon berasingan di sebuah bilik tidur di rumah itu,” katanya.

Suspek yang beralamat dari Kulai, Johor itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: kasutsuri rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

02/09/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang menyidai pakaian di halaman terkejut apabila mendapati seorang lelaki memanjat tembok untuk menceroboh rumahnya...

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

21/05/2025
0

PEKAN - Helah seorang suri rumah yang berpura-pura menjadi mangsa samun terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian itu dirancang bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd