• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Raya Di Pontian Pula Diserbu Konon TMJ Belanja

oleh
13/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK sampai 24 jam Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan Yang di-Pertuan Agong, penduduk Pontian, Johor menjadi mangsa pertama berita palsu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Ia berlaku apabila mereka serbu pasar raya Econsave di bandar Pontian Kechil itu gara-gara tersebar pesanan suara kononnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan datang dan bayar harga barang dibeli para pelanggan di situ hari ini.

Akibatnya lebih 1,000 pengunjung berpusu-pusu membanjiri pasar raya tersebut sejak dibuka jam 9 pagi malahan mereka sudah habis memenuhkan troli masing-masing sebelum sabar beratur panjang di kaunter pembayaran.

Pengurus Operasi Econsave Pontian, Mas Imran Adam berkata, cerita kedatangan Tunku Mahkota Johor yang tular itu kononnya baginda akan hadir untuk belanja semua pelanggan di pasar raya tersebut sebenarnya adalah palsu.

“Ini berita fitnah dan memang tidak benar. Mesej bergambar dan pesanan suara yang sengaja ditularkan kononnya Tunku Ismail akan belanja orang ramai di pasar raya Econsave Pontian adalah langsung tidak betul sama sekali.

Baca: TMJ Belanja RM3K Setiap Pelanggan Aeon Tebrau

Juga: Habis Diserbu TMJ Belanja, Aeon Tebrau Tutup Seketika

“Pihak kami sudah membuat lima hingga enam kali hebahan pengumuman mengenai pencerahan isu ini di dalam pasar raya, namun orang ramai masih enggan mempercayainya,” kata Mas Imran ketika dihubungi pihak media.

Keadaan tersebut mungkin ekoran tindakan spontan Tunku Ismail membuat kejutan di pusat beli-belah Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru petang semalam apabila tiba-tiba baginda muncul dan membelanja pengunjung di situ.

Mengulas lebih lanjut, Mas Imran berkata, ketika ini orang ramai masih tidak bersurai walaupun sudah beberapa kali pengumuman penjelasan yang sama dilakukan memberitahu kedatangan Tunku Ismail itu adalah berita palsu.

Jelasnya, pihak polis juga sudah dipanggil untuk meredakan keadaan tegang di pasar raya tersebut tetapi orang ramai seperti masih berharap kedatangan Tunku Ismail adalah bukan berita karut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: JohorPontianTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd