• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Terkilan, Adik Sering Jadi ‘Bahan’ Kritikan

oleh
12/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pengacara popular Neelofa mengakui terkilan apabila adiknya iaitu Ameera Khan sering menjadi bahan kritikan dan sindiran tajam ramai netizen.

Boleh dikatakan setiap tindak tanduk yang dilakukan oleh gadis berusia 17 tahun itu pasti akan menjadi perhatian ramai pengguna media sosial tempatan.

Neelofa berkata, dia bersimpati dengan apa yang dialami oleh adiknya dan berharap agar orang ramai dapat memberi ruang kepada keluarga terutamanya Ameera.

“Dia baru sahaja berusia 17 tahun dan saya rasa orang luar perlu berikan dia ruang untuk belajar daripada kesalahan yang dilakukan dan menjadi lebih matang.

“Tidak adil apabila dia terus diadili dan dihukum sedangkan dia masih muda,” kata Neelofa dipetik Astro Awani.

Adik Neelofa, Ameera Khan.

Pada masa sama, Neelofa mengakui bangga dengan kekuatan dan kecekalan yang dimiliki oleh Ameera dalam menempuh apa sahaja kontroversi yang datang.

Tambah Neelofa lagi, Ameera mungkin banyak belajar daripada pengalaman yang dilalui dan dia turut tekad untuk terus memberi inspirasi kepada adiknya.

“Saya rasa kalau saya sebayanya dulu, saya mungkin tidak sekuat dia kini. 

“Saya sangat bangga dengan kekuatan yang dimiliki dan tidak keterlaluan untuk mengatakan dia lebih kuat daripada saya sebenarnya,” ujar pengacara berusia 29 tahun itu.

pengacara popular, Neelofa.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan diri, Neelofa bakal terlibat dalam sebuah kempen antibuli pada minggu hadapan.

Katanya, dia berharap kempen seperti itu dapat mewujudkan kesedaran dalam masyarakat agar tidak menyalahgunakan sosial media. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ameera khanNeelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Insiden Curi Rakam, GSC Lapor UIP

08/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Golden Screen Cinemas (GSC) memandang serius insiden perkongsian sedutan filem House of Gucci ke media sosial dan sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd