• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Bekas Tahanan Politik Dijadikan Pameran?

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULUHAN mayat yang digunakan dalam pameran Real Bodies: The Exhibition dikhuatiri merupakan mayat tahanan politik di China, yang diseksa dan mati dibunuh.

Pameran yang memaparkan 20 mayat dan 200 bahagian tubuh yang dipelihara itu, terkenal di seluruh dunia malahan juga sering diadakan di merata tempat.

Ia memaparkan bahagian badan manusia yang menunjukkan bagaimana otot, organ dan tulang berfungsi. Mayat-mayat tersebut disediakan oleh Dalian Medical University Biology Plantation di China

Bagaimanapun para doktor dari Doctors Against Forced Organ Harvesting melahirkan kebimbangan bahawa mayat tersebut tidak didermakan secara sukarela sebaliknya ia dilakukan secara paksaan di China.

Ia dikatakan kemungkinan adalah anggota kumpulan agama yang diharamkan di China iaitu Falun Gong.

Namun seorang profesor dari Dalian Medical University Biology Plantation, Hong Jin Sui menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu mayat berkenaan diperoleh secara sah.

“Mayat tersebut diterima daripada rumah mayat dan dipindahkan ke universiti perubatan di China dan ia disumbangkan untuk pameran berkenaan secara sah.

“Kami hanya menerima spesimen yang didermakan secara sah dan bebas daripada penyakit berjangkit,’’ kata Hong.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif pameran berkenaan, Tom Zaller berkata, dakwaan bahawa mayat terbabit adalah mangsa tahanan politik adalah tidak berasas dan satu penghinaan.

“Mayat-mayat berkenaan telah diperiksa oleh jabatan kesihatan di beberapa negara. Tiada penipuan,’’ katanya.

Tahun lepas, empat doktor dan empat pertubuhan bukan berasas keuntungan di Czech telah meminta supaya pameran berkenaan diharamkan di ibu kota Prague.

“Berdasarkan kepada pelbagai laporan berhubung pencabulan hak asasi di China, terdapat alasan mencurigakan mengenai mayat terbabit,’’ kata mereka.

Namun polis tempatan menolak desakan itu. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0

Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini secara terbuka menyeru kepada pembentukan gagasan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd