• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Habis Diserbu TMJ Belanja, Aeon Tebrau Tutup Seketika

oleh
12/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH setelah Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan istimewa apabila bayar kesemua barangan dibeli pengunjung di Aeon Mall Tebrau City semalam, pasar raya itu pula ditutup hari ini.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman rasmi Facebook Aeon Mall Tebrau City pagi ini memaklumkan bahawa gedung beli-belah popular tersebut perlu ditutup buat tempoh sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

“Ke hadapan pelanggan yang dihargai. Seksyen pasar raya Aeon Mall Tebrau City di Johor Bahru ditutup pagi ini sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” tulis kenyataan pihak pengurusannya.

Syarikat berkenaan tidak menjelaskan punca penutupan itu, namun tular dalam kalangan pengguna media sosial pagi ini dengan gambar yang didakwa suasana pasar raya tersebut bersepah akibat tidak sempat dibeli pelanggan.

Baca: TMJ Belanja RM3K Setiap Pelanggan Aeon Tebrau

Semalam Tunku Mahkota Johor dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam tiba di pusat beli- belah itu pada sebelah petang secara spontan beramah mesra dengan ramai pengunjung yang sedang membeli pelbagai keperluan asas.

Tunku Ismail kemudian membuat pengumuman yang tidak dijangka apabila berkenan untuk membayar kesemua barangan dibeli pelanggan menerusi alat pembesar suara menyebabkan suasana tiba-tiba berubah menjadi pesta.

Ia disambut penuh gembira dan rasa teruja oleh pengunjung daripada pelbagai kaum dan kemudiannya ‘menyerbu’ pusat beli-belah di tingkat bawah berkenaan yang menempatkan pelbagai barangan keperluan asas harian itu.

Pihak pengurusan Aeon Mall Tebrau City turut memuat naik gambar kemeriahan pengunjung berbelanja ‘sakan’ dan mengesahkan baginda sudi membayar RM3,000 bagi setiap troli penuh berisi dengan barangan dibeli pelanggan.

Syarikat tersebut menerusi kenyataan dalam akaun Facebook berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada semua pengunjung bertuah dan menjunjung kasih terhadap sikap pemurah Tunku Ismail. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AEONTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd