• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mun Yee-Nur Dhabitah Tak Diduga Raih Gangsa

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Penerjun negara Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri tidak menyangka dapat meraih pingat dalam acara 3m papan anjal seirama di Sukan Komanwel 2018 hari ini.

Menurut Nur Dhabitah, beliau dan seniornya sedar akan saingan yang akan dihadapi mereka, malah peserta dari England, Kanada dan Australia adalah mereka yang sentiasa menamatkan saingan di podium dalam pertandingan Siri Dunia.

Gandingan negara bermula dengan baik apabila mengutip 46.80 mata pada terjunan pertama dan kedua dengan 48.00 mata sebelum melonjak ke tempat kedua selepas mengutip 69.30 mata.

Selepas mengutip mata 58.50 pada terjunan keempat dan selesa di kedudukan pingat perak, namun pada terjunan terakhir, berlaku kesilapan dalam terjunan Nur Dhabitah yang menyebabkan mereka sekadar mengutip 42.30 mata untuk menduduki tempat ketiga dengan 264.90 mata keseluruhan.

“Saya tidak sangka akan dapat pingat. Dari permulaan acara lagi, secara jujur, kami tidak sasar pun untuk pingat sebab ia adalah satu cabaran yang sukar. Kami pergi pertandingan pun…Siri Dunia, di atas podium sentiasa mereka sebab itu kami tidak menaruh harapan langsung.

“Alhamdulillah, selepas terjunan yang macam itu tadi (kesilapan), pun dapat pingat, saya sangat bersyukur. Memang acara ni saya rasa memang susah hendak dapat pingat,” katanya.

Dalam pada itu, Mun Yee berkata beliau puas hati dengan prestasinya dan gandingannya bersama Nur Dhabitah yang hanya disatukan beberapa bulan lepas.

“Sebenarnya, kalau ikutkan prestasi, Dhabitah lebih baik ketika latihan berbanding saya. Tapi, saya gembira dengan prestasi saya. Diakui keadaan cuaca agak berangin dan sebab itu ada peserta yang terjejas prestasi mereka,” katanya.

Pingat emas dimenangi penerjun tuan rumah, Esther Qin-Georgia Sheehan yang mengumpul 284.10 mata, diikuti penerjun England Alicia Blagg-Katherine Torrance yang mengumpul 276.90 mata.

Mun Yee-Nur Dhabitah akan beraksi malam ini dalam acara 10m platform seirama. – BERNAMA

Tags: nur dhabitah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gandingan Mun Yee-Nur Dhabitah Raih Gangsa

28/08/2018
0

JAKARTA - Gandingan Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia dalam acara 10 meter platform...

Sukan Komanwel: Mun Yee-Dhabitah Raih Gangsa

12/04/2018
0

GOLD COAST - Penerjun negara Leong Mun Yee and Nur Dhabitah Sabri meraih pingat gangsa dalam acara final 3m papan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd