GOLD COAST – Penerjun negara Leong Mun Yee and Nur Dhabitah Sabri meraih pingat gangsa dalam acara final 3m papan anjal seirama wanita di Sukan Komanwel 2018.
Dalam acara yang diadakan di Optus Aquatic Centre, Mun Yee-Nur Dhabitah mengumpul 264.90 mata selepas menamatkan acara final dengan lima terjunan.
Pasangan penerjun negara itu mempamerkan persembahan konsisten dan berada di kedudukan kedua sehingga terjunan keempat.
Namun kesilapan kecil berlaku semasa terjunan akhir yang memberikan mereka hanya 42.30 mata untuk menduduki tempat ketiga.
Penerjun Australia, Esther Qin dan Georgia Sheehan menggondol pingat emas dengan 284.10 mata manakala Alicia Blagg dan Katherine Torrance meraih perak dengan 276.90 mata. – BERNAMA