• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Belanja RM3K Setiap Pelanggan AEON Tebrau

oleh
12/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRIHATIN… Meskipun teruk dihentam pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan baru-baru ini kerana luah pendirian isu politik semasa, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap diterima rakyat Johor.

Terbaharu, Tunku Mahkota Johor itu mencetuskan kejutan apabila berkenan membelanjakan setiap pengunjung pasar raya besar Aeon di Tebrau, Johor Bahru untuk membeli-belah segala barangan keperluan harian mereka.

Baginda yang ditemani isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam; membuat pengumuman gempar tersebut dengan alat pembesar suara ketika hadir mencemar duli meninjau suasana masyarakat di Jusco Tebrau City lewat petang Rabu.

Ini menyebabkan ribuan pelanggan yang kebetulan berada di sekitar kawasan gedung perniagaan tersebut tidak melepaskan peluang terus serbu masuk untuk membeli pelbagai barangan dapur dan keperluan asas keluarga.

Perkara tersebut turut dimuat naik pentadbir akaun Johor Southern Tigers menerusi laman Facebook rasmi baginda pada pukul 8.37 malam tadi yang juga memaparkan beberapa foto suasana kemeriahan pelanggan Aeon.

Tunku Ismail malahan menulis keterangan mengenai peristiwa itu: “Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor. Saya di pihak Johor.”

Catatan peribadi pewaris Kesultanan Johor itu menerima lebih 12,000 tanda suka dan dikongsi kira-kira 4,300 kali selain mendapat hampir 2,000 komen netizen dalam masa sejam yang kebanyakannya memuji langkah baginda.

Tunku Mahkota Johor namun tidak mendedahkan jumlah kos keseluruhan yang ditanggung untuk aktiviti amal tidak dijangka itu, namun ada beberapa netizen yang memaklumkan Tunku Ismail membelanjakan kira-kira RM1 juta.

Bagaimanapun, ada pengguna media sosial membuat kiraan congak secara logik bahawa setiap pelanggan bertuah itu kemungkinan besar ditanggung baginda sebanyak RM3,000 berdasarkan keadaan troli mereka sendiri yang penuh.

Walau apapun, menjunjung kasih dizahirkan kepada Tunku Ismail yang amat prihatin dengan nasib rakyat jelata dan memang wajarlah baginda terus disayangi oleh setiap lapisan masyarakat di Johor. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Johor Southern TigersTMJTunku Ismail Sultan IbrahimTunku Mahkota Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd