• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Percaya Jiran, Pembantu Restoran Rugi RM52,000

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pembantu restoran mengalami kerugian RM52,000 apabila wang dalam akaunnya hilang selepas meminta pertolongan jiran untuk memeriksa baki akaun bank tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd Wazir Yusof berkata wanita berusia 41 tahun itu telah memberi kad ATM miliknya kepada jiran yang dikenali sebagai Kak Pah untuk memeriksa baki akaun dalam bank pada Mei tahun lepas.

“Mangsa kemudian meminta suspek menyerahkan semula kad ATM kepadanya, namun wanita itu enggan membuat demikian dengan memberi pelbagai alasan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa yang curiga dengan alasan diberikan, kemudiannya pergi memeriksa akaun bank semalam dan mendapati wang simpanannya berkurangan sebanyak RM52,000.

Susulan itu, katanya mangsa membuat laporan polis dan pihaknya telah menahan sepasang suami isteri yang juga jiran mangsa berumur 57 dan 52 tahun di Perumahan Pak Mahat, petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: jirankes tipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Beranak Cedera Ditetak, Ditikam Jiran Berhalusinasi

31/10/2019
0

KUANTAN - Tiga beranak cedera akibat ditetak dan ditikam menggunakan parang oleh jiran mereka yang dipercayai sedang berhalusinasi di Felda...

Jiran Terdengar Jeritan Mangsa Kebakaran Minta Tolong

19/08/2019
0

SLIM RIVER - “Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mangsa menjerit meminta tolong ketika dalam kebakaran,” kata jiran mangsa, Robaayah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd