Saturday, October 12, 2024

Creating liberating content

Pegawai SPRM Hadir Di...

GEORGETOWN - Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke rumah...

Operasi Banteras Rasuah Ke...

PITAS - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan...

Cuaca Cerah, Mangsa Banjir...

KUANTAN - Cuaca bertambah baik menyaksikan jumlah mangsa banjir di Pahang mulai berkurangan...

Kastam Kedah Rampas Dadah...

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas pelbagai jenis...

3 Beranak Cedera Ditetak, Ditikam Jiran Berhalusinasi

KUANTAN – Tiga beranak cedera akibat ditetak dan ditikam menggunakan parang oleh jiran mereka yang dipercayai sedang berhalusinasi di Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt. Mazlan Hassan berkata kejadian berlaku selepas suspek, seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai datang ke rumah mangsa pada 11.40 malam.

Dia kemudian memanggil keluar seorang daripada mangsa, Mohd Nor Alami Zainal Abidin, 31, yang sedang menonton televisyen. Mohd Nor Alami yang mendengar panggilan itu telah bertindak keluar rumah dan telah ditetak.

Mazlan berkata, kakak mangsa, Maizaituakmarani, 40, yang ketika itu bersiap untuk tidur di ruang tamu bersama anaknya Nor Syashakilla Hasbullah, 20, mendakwa melihat suspek telah berdiri di pintu rumah sambil memegang parang.

“Maizaituakmarani mendakwa telah menutup dirinya dengan selimut akibat ketakutan namun melihat suspek secara tiba-tiba meluru masuk ke rumah dan terus menetak anaknya di tangan kanan menyebabkan kedua-duanya menjerit.

“Jeritan itu menyebabkan bapa Maizaituakmarani, Zainal Abidin Omar, 63, yang berada di bilik bergegas ke ruang tamu, namun suspek bertindak menikam perut mangsa beberapa kali,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mazlan berkata Mohd Nor Alami kemudiannya masuk ke rumah dalam keadaan tangan kiri berdarah dan suspek yang tidak bekerja dan difahamkan pernah mendapatkan rawatan mental terus meninggalkan tempat kejadian.


Beliau berkata semua mangsa yang menerima rawatan awal di Hospital Jerantut dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk rawatan lanjut.

“Suspek juga berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian bersama parang dan sarungnya sepanjang 40 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa selain pakaiannya juga terdapat kesan darah,” katanya.

Mazlan berkata ujian awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan laporan air kencing juga adalah negatif.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kategori