• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBS Kekal Dicalonkan Bagi DUN Matunggong

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) akan kekal meletakkan wakil dari Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) ini, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini.

“Saya telah merujuk kepada Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan perkara yang dinyatakan berkaitan peminjaman kerusi tersebut merupakan sekadar cadangan pihak tertentu sebagaimana yang pernah berlaku di beberapa tempat lain.

Setelah diperjelaskan, pembahagian kerusi di antara parti-parti komponen di Sabah adalah kekal ‘status quo’,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Musa, yang juga Pengerusi BN Negeri, kedudukan dan peranan setiap parti dalam komponen BN perlu dihormati dan diiktiraf.

“Inilah pendirian BN Sabah dan inilah juga pegangan saya dalam memimpin UMNO Sabah,” katanya.

Pada Isnin (9 April) lepas, Timbalan Perdana Menteri berkata satu “formula” diperlukan bagi meningkatkan undi majoriti BN di Parlimen Kota Marudu dengan merampas semula kerusi negeri Matunggong melalui satu cadangan untuk “meminjamkan” kuota PBS itu kepada UMNO. – BERNAMA

Tags: PBSTan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

05/01/2023
0

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) hari ini menyatakan...

Pemandu Dan Sembilan Penumpang Nyaris Maut Bas Terbakar

Pemandu Dan Sembilan Penumpang Nyaris Maut Bas Terbakar

31/08/2022
0

BALING: Tindakan pantas seorang pemandu kereta memaklumkan terdapat percikan api di belakang sebuah bas yang diekorinya berjaya menyelamatkan seorang pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd