• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Didakwa Kemukakan Invois Palsu

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengemukakan invois mengandungi butiran palsu berhubung pembekalan cenderahati berjumlah RM91,500, tahun lepas.

Mohd Raji@Mohd Radzi Kasdi, 51, seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan dan Norlela Surip, 49, bekas kerani di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan.

Mohd Raji@Mohd Radzi didakwa mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu daripada syarikatnya iaitu Nadzwa Resources berjumlah RM42,000 kepada seorang pengurus cawangan (Pentadbiran Am) Bahagian khidmat Pengurusan di Perkeso bagi membekalkan dan menghantar cenderahati.

Dia dituduh berniat memperdayakan pengurus berkenaan di cawangan Pentadbiran Am, Bahagian Khidmat Pengurusan, Menara Perkeso, di sini pada 23 Jan 2017 manakala Norlela pula didakwa bersubahat dengan suaminya melakukan perbuatan serupa di tempat dan tarikh sama.

Mereka juga menghadapi tuduhan bersama-sama mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu daripada syarikat M’Dia Enterprise berjumlah RM49,500 bagi membekal dan menghantar gambar berserta bingkai kayu, kepada pengurus sama di Perkeso pada 27 Jan 2017.

Bagi kesemua pertuduhan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta serupa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap tertuduh untuk kesemua pertuduhan manakala kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah kerana mereka menanggung anak yang masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan jaminan RM25,000 bagi setiap tertuduh untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: SPRMSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd