• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh J/kuasa Pantau Ekstremisme Di Sekolah Pondok

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebuah jawatankuasa khas bagi memantau dan menangani penyebaran jihad bermotifkan militan dalam kalangan pelajar madrasah dan sekolah pondok perlu ditubuh kerajaan negeri sebagai usaha mencegah fahaman ekstremisme daripada menular.

Setiausaha Persatuan Majlis Ummah Ahli Sunnah (MUAS) Kedah Muhamad Fazilul Helmi Raidzan berkata anggota jawatankuasa itu haruslah ditempatkan di setiap pejabat agama daerah bagi memudahkan pemantauan dan penerimaan sebarang laporan.

“Kena ada satu jawatankuasa khas memantau perkara ini, dapat kesan terus ambil tindakan undang-undang, sekiranya ada laporan guru mengajar lain daripada daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, terus ambil tindakan,” katanya dalam satu temu bual khas bersama Bernama pada Selasa.

Muhamad Fazilul yang juga Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah berkata institusi pondok dan madrasah tidak seharusnya dicemari dengan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, justeru pemilihan tenaga pengajar yang sesuai perlu dititikberatkan.

“Mereka (pelajar) dengan kezamanan yang kuat untuk berjihad tetapi pemikiran mereka itu sudah terpesong daripada guru yang silap, tidak belajar dari guru yang berpegang kepada ahli sunnah, ini sebab berlaku perpecahan,” katanya.

Muhamad Fazilul turut mencadangkan tenaga pengajar di institusi sekolah pondok tidak memasukkan elemen politik di dalam pengajian kerana dikhuatiri menjadi punca permasalahan.

Katanya tiada keperluan untuk rakyat Malaysia untuk terlibat dengan perjuangan militan, sebaliknya jihad dari aspek pemikiran dan ekonomi adalah penting selain menyarankan agar umat Islam kembali bersatu berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Senada dengan itu, Pengerusi Persatuan Profesional Muda Islam Kedah (PROMIS) Dr Nazil Nuhairi Ismail berkata jawatankuasa dicadangkan terbabit perlulah juga berfungsi meneliti dan menapis ketat guru-guru di sekolah pondok.

Nazil berkata ini kerana peranan guru di sesebuah sekolah pondok adalah penting kerana kebiasaannya pelajar akan menganggap apa yang disampaikan oleh guru adalah ‘betul’ dan perlu diikuti.

Katanya ini termasuk meneliti dan memperhalusi pengajaran dan kaedah pengajaran di sekolah pondok selain memperkasa peranan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam memberi pendidikan dan pendedahan mengenai jihad.

Beliau menyarankan agar JAIK bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam di Kedah ke arah proses pemahaman jihad yang sepatutnya diamalkan.

“Langkah pencegahan daripada awal amat penting, kerana masalah ini tidak boleh dipandang ringan. Kita takut kalau tiba-tiba fahaman ini menular, tidak mustahil negara kita boleh diserang oleh pejuang IS (kumpulan militan Islamic State) ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: MilitanSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd