• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Keluar UMNO Kerana Berhasrat Jadi TPM

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini berkata Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal keluar UMNO kerana beliau berhasrat menjadi timbalan perdana menteri.

“Bukan saya mahu mengacum tetapi saya perlu cakap sesuatu. Hentikan main isu ini. Mari berterus terang. Sebab itu kenapa beliau memilih untuk keluar parti,” katanya merujuk kepada penafian Shafie bahawa beliau telah ‘menikam dari belakang’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa memegang jawatan dalam kerajaan.

Musa berkata selepas tidak berjaya mendapatkan jawatan sebagai bakal Ketua Menteri Sabah, Shafie meninggalkan UMNO dan dengan menjalin kerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyasarkan jawatan timbalan perdana menteri.

Beliau berkata Muhyiddin telah dipecat pada Jun 2016, bersama-sama dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selepas selama setahun terbabit dalam perebutan kuasa dengan kepimpinan UMNO yang berakhir dengan kegagalan.

Shafie, terlebih dahulu telah membuat perjanjian dengan Muhyiddin dan Mukhriz sebelum beliau keluar parti pada bulan berikutnya, katanya.

“Mendakwa bahawa beliau (Shafie) lebih mementingkan ‘masa depan negara’ berbanding persahabatannya dengan Najib adalah satu jenaka,” katanya.

Musa berkata Najib telah berbuat banyak untuk Shafie, membantunya menjadi naib presiden UMNO serta memberikannya portfolio penting di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan harapan beliau akan membantu Sabah.

“Saya setuju bahawa tanpa sokongan Najib, Shafie tidak akan mendapat peluang luar biasa yang diberikan kepadanya,” katanya.

Katanya Shafie sepatutnya mengamalkan sedikit kematangan dalam berpolitik, daripada mengatakan bahawa beliau (Musa) tidak selesa dengan kedudukannya (Shafie) sebagai naib presiden UMNO.

“Jika saya rasa tidak selesa, saya sendiri akan bertanding untuk jawatan itu. Bukan sahaja saya tidak bertanding bagi jawatan naib presiden, saya juga tidak bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi. Saya tidak berbuat demikian kerana komitmen saya sebagai ketua menteri,” katanya. – BERNAMA

Tags: SabahTan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd