• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PFAM Gesa Pemain, Pasukan Guna Kontrak Standard

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa pemain dan pasukan menggunakan kontrak standard baharu yang digubal oleh persatuan itu berdasarkan ‘National Disputes Resolution Chamber’ (NDRC) dalam proses perpindahan pemain, bagi menjamin kebajikan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail berkata kontrak standard itu adalah antara usaha bersama PFAM dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menambah baik kontrak pemain ke arah yang lebih adil dan baik.

“Melalui NDRC kita dapat mewujudkan kontrak standard pemain yang baharu dan pengurusan kes pemain yang lebih baik. Ia untuk memastikan kontrak pemain dan pengurusan kes berkaitan dengan pemain dapat dicernakan dengan lebih profesional dan mengikut standard global.

“Antara perkara yang telah dipersetujui ialah seperti mengeluarkan klausa yang membenarkan kontrak pemain ditamatkan atas alasan kecederaan dan prestasi seiring dengan jurisprudens dan terma-terma dalam Peraturan Status dan Perpindahan Pemain yang dikeluarkan oleh FIFA di peringkat global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Izham berkata walaupun FAM telah mengeluarkan satu pekeliling pada 24 Mei tahun lalu mengarahkan semua pihak mengikuti standard baharu, sehingga kini masih terdapat pemain dan pasukan yang menggunakan kontrak lama yang telah menyebabkan wujudnya konflik apabila perkara-perkara yang sudah dihapuskan masih diamalkan.

Justeru, PFAM mahu kontrak standard baharu itu digunakan menjelang jendela perpindahan terkini iaitu dalam tempoh 1-28 April bagi setiap liga tempatan untuk meningkatkan nilai profesionalisme bola sepak Malaysia pada masa akan datang.

Beliau berkata sekiranya wujud pertelingkahan antara pemain dan pasukan sebelum penubuhan NDRC, kes-kes tersebut akan didengar oleh Jawatankuasa Status FAM.

“Selepas penubuhan NDRC, pertelingkahan antara pemain dan pasukan akan didengari oleh NDRC mengikut klausa dalam kontrak baharu bersama pemain,” katanya. – BERNAMA

Tags: PFAM Izham Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd