Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Seorang Maut, 2 Cedera...

TAPAH - Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera akibat ditembak dalam kejadian...

Rombak Kabinet: Maszlee Wajar...

DEBARAN... Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ketika ini dikatakan jelas amat gusar dengan...

Sistem Cap Jari Kesan...

PENTADBIRAN Kepulauan Riau mengarahkan semua pegawainya menggunakan sistem daftar masuk menggunakan cap jari...

Kanak-Kanak Cedera Parah, Kereta...

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan jenis pacuan empat...

PFAM Gesa Pemain, Pasukan Guna Kontrak Standard

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa pemain dan pasukan menggunakan kontrak standard baharu yang digubal oleh persatuan itu berdasarkan ‘National Disputes Resolution Chamber’ (NDRC) dalam proses perpindahan pemain, bagi menjamin kebajikan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail berkata kontrak standard itu adalah antara usaha bersama PFAM dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menambah baik kontrak pemain ke arah yang lebih adil dan baik.

“Melalui NDRC kita dapat mewujudkan kontrak standard pemain yang baharu dan pengurusan kes pemain yang lebih baik. Ia untuk memastikan kontrak pemain dan pengurusan kes berkaitan dengan pemain dapat dicernakan dengan lebih profesional dan mengikut standard global.

“Antara perkara yang telah dipersetujui ialah seperti mengeluarkan klausa yang membenarkan kontrak pemain ditamatkan atas alasan kecederaan dan prestasi seiring dengan jurisprudens dan terma-terma dalam Peraturan Status dan Perpindahan Pemain yang dikeluarkan oleh FIFA di peringkat global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Izham berkata walaupun FAM telah mengeluarkan satu pekeliling pada 24 Mei tahun lalu mengarahkan semua pihak mengikuti standard baharu, sehingga kini masih terdapat pemain dan pasukan yang menggunakan kontrak lama yang telah menyebabkan wujudnya konflik apabila perkara-perkara yang sudah dihapuskan masih diamalkan.

Justeru, PFAM mahu kontrak standard baharu itu digunakan menjelang jendela perpindahan terkini iaitu dalam tempoh 1-28 April bagi setiap liga tempatan untuk meningkatkan nilai profesionalisme bola sepak Malaysia pada masa akan datang.


Beliau berkata sekiranya wujud pertelingkahan antara pemain dan pasukan sebelum penubuhan NDRC, kes-kes tersebut akan didengar oleh Jawatankuasa Status FAM.

“Selepas penubuhan NDRC, pertelingkahan antara pemain dan pasukan akan didengari oleh NDRC mengikut klausa dalam kontrak baharu bersama pemain,” katanya. – BERNAMA

Kategori