• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perairan Filipina Mula Dibanjiri Sotong Raksasa

oleh
10/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Nelayan di selatan Filipina gempar apabila mendakwa kawasan perairan pulau Tawi-Tawi di wilayah autonomi Islam Mindanao kemungkinan besar dibanjiri banyak sotong bersaiz raksasa.

Ia susulan penemuan seekor sotong gergasi yang berenang berdekatan dengan pantai di desa Sibutu, sebuah pulau kecil oleh seorang nelayan tempatan pada Jumaat minggu lalu, menurut laporan media setempat semalam.

Kemunculan hidupan laut itu menyebabkan ramai penduduk perkampungan tersebut cuba berusaha menariknya ke daratan dengan mereka turut bergotong-royong menangkapnya secara beramai-ramai seumpama acara pesta.

Sotong sepanjang 2.5 meter tersebut dipercayai daripada sekelompok sotong bersaiz amat besar yang mungkin tersesat jauh ke kawasan pulau dengan perairan cetek akibat ditolak kuat arus gelombang air laut dalam.

Ketika dibawa ke pantai, ramai penduduk desa berkenaan tidak melepaskan peluang mengerumuni sotong itu dengan perasaan kagum dan ada yang merakamnya dengan video sehingga menjadi tular menerusi media sosial.

“Saya kenal nelayan yang menangkap sotong raksasa ini. Dia amat sukar membawa haiwan ini kerana sangat berat. Uniknya, sotong itu begitu bersih, putih, dan cerah,” kata Harold Eduardo Curtis, seorang nelayan di Tawi-tawi.

Tambahnya, sotong bersaiz gergasi itu amat sihat dan dia yakin rasa dagingnya adalah lazat apabila dimasak. Tawi-Tawi terletak kira-kira 1,100 kilometer dari ibu kota Manila serta bersempadan laut dengan Malaysia dan Indonesia.

“Ini adalah sotong terbesar pernah ditangkap dan mungkin pecah rekod rantau Asia tenggara. Nampaknya ia berasal dari kelompok sotong raksasa sehingga mungkin berukuran sama atau lebih besar masih banyak di lautan,” katanya.

Pakar seismologi dari Jepun, Kiyoshi Wadatsumi dalam pada itu memberi amaran, kemunculan banyak hidupan aneh bersaiz gergasi sebenarnya menunjukkan ada berlaku pergerakan dasar bumi dan kesan cuaca global terkini.

Makhluk marin ujarnya, amat sensitif dengan sebarang perubahan waima kecil. Awal tahun lalu, Filipina gempar dengan penemuan banyak haiwan laut aneh di pantai ekoran gempa 6.8 skala Richter. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Filipinasotong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd