• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: 1,131 Individu Berpotensi Cetus Kekacauan

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 1,131 individu di seluruh negara yang berpotensi menimbulkan kekacauan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Katanya, daripada 171 kawasan panas pula, sebanyak 31 kawasan adalah di Terengganu.

“Kesemua mereka berada dalam pemantauan pihak polis. Kita bukan nak menimbulkan ketakutan atau ugut sesiapa tapi kita nak pastikan mereka ini yang berpotensi menimbulkan kekacauan tidak akan menimbulkan masalah semasa perjalanan proses pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis apresiasi bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempena Hari Polis ke 211 yang turut dihadiri, Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata 25 peratus daripada 3,500 anggota polis di seluruh Terengganu akan digembleng untuk memastikan perjalanan PRU14 berjalan lancar di seluruh negeri ini.

“Manakala 25 peratus lagi anggota akan kekal menjalankan kerja-kerja hakiki harian.

“Kita juga telah sediakan masing-masing dua pasukan untuk anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) bagi memastikan pilihan raya ini berjalan dengan selamat dan terkawal,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa Terengganu adalah negeri yang amat aman untuk perjalanan PRU14 setakat ini, malah kadar indeks jenayah juga berjaya dikurangkan lebih 30 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud tiada insiden akan berlaku di Terengganu pada PRU14 nanti, cuma kita ingin tegaskan bahawa semua persediaan rapi telah dibuat termasuk kekuatan anggota dan aset bagi memastikan pengundi dapat keluar dengan selamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd