• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Didakwa Tipu Tawaran Kontrak

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menipu dengan menawarkan kontrak membekal beras yang tidak wujud melibatkan kerugian sebanyak RM100,000, dua tahun lepas.

Ng Ngui Kee, 44, dari Kuching, Sarawak didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Ng Choon Wee, 54, di Public Bank Jalan Ong Kim Wee, di sini pada 30 Jun 2016.

Perbuatan tertuduh mendorong mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM100,000, dengan mangsa tidak akan menyerahkan wang berkenaan jika tidak diperdayakan sedemikian.

Lelaki itu yang ditangkap semalam, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Lee Kim Keat membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri pada setiap bulan di balai polis berdekatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mei untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: mahkamahPekerja Kilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd