• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Calon BN Disaring SPRM, PDRM, Insolvensi

oleh AK-47
09/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) telah menghantar senarai calon berpotensi untuk setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Insovensi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pendekatan BN menghantar senarai yang melibatkan antara tiga dan lima calon berpotensi di setiap Parlimen dan DUN untuk proses saringan di agensi-agensi berkenaan menunjukkan parti itu telus untuk berkhidmat rakyat dan negara.

“Kita nak calon yang terbaik untuk mewakili BN. Mereka (pembangkang) tidak peduli. Mereka tangkap muat dalam memilih calon. Itulah masalah mereka,” katanya kepada pemberita selepas hadir jualan ikan segar separuh harga @ Putrajaya di sini hari ini.

Menurut Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, antara lima dan tujuh peratus nama calon berpotensi itu ditolak atas alasan tertentu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengesahkan bahawa hanya BN yang menghantar senarai nama calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk disaring.

Ditanya bila BN akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding, Tengku Adnan berkata perkara itu akan ditentukan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata program jualan ikan segar separuh harga pada setiap bulan itu adalah untuk membantu rakyat bagi mengurangkan kos sara hidup.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa jualan ini bukan hanya kerana pilihan raya sebaliknya ia diadakan setiap bulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPDRMSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd