• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serbu Dadah Temukan Motosikal Hilang 11 Tahun

oleh AK-47
09/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Serbuan polis di sebuah rumah papan dua tingkat di Kampung Padang Pusing, dekat sini, membongkar penemuan sebuah motosikal jenis Honda EX5 Class yang dilaporkan hilang sejak 11 tahun lalu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata dalam operasi kira-kira 8.30 malam itu, motosikal tersebut ditemukan di hadapan rumah berkenaan ketika serbuan yang menyasarkan kegiatan pengedaran dadah di kawasan sekitar.

“Hasil pemeriksaan mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Pulau Pinang pada 2007 dan masih menggunakan nombor pendaftaran asal sebelum dirampas untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika pemeriksaan lanjut di bawah rumah terbabit, pihaknya menjumpai empat lelaki bersama sepeket dadah dipercayai syabu seberat 0.5 gram, peralatan membungkus serta alat menghisap dadah dan menemui tiga lelaki lagi di dalam sebuah bilik di tingkat atas serta sepeket syabu seberat 0.5 gram.

Polis menahan tujuh lelaki termasuk dua adik-beradik berumur 21 hingga 38 tahun itu dan merampas dadah jenis syabu seberat satu gram bernilai kira-kira RM150.

Fadzil berkata ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal. – BERNAMA

Tags: DSP Fadzil Hashim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak OKU Cedera Disyaki Didera Bapa

04/01/2018
0

PENDANG - Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia sembilan tahun melecur pada kedua-dua belah tapak kakinya selepas disyaki...

8 Kes Pecah Rumah Selesai ‘Geng Mani’ Tumpas

07/12/2017
0

PENDANG - Polis menyelesaikan siasatan lapan kes pecah rumah sekitar daerah ini melibatkan kerugian hampir RM250,000 setelah menumpaskan 'Geng Mani'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd