• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak OKU Cedera Disyaki Didera Bapa

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia sembilan tahun melecur pada kedua-dua belah tapak kakinya selepas disyaki didera bapa kandungnya menggunakan besi panas di rumah mereka di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu selepas guru sekolah tempat mangsa belajar membawa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

“Pihak sekolah simpati dengan mangsa…apabila ditanya kanak-kanak itu memberitahu dia dipukul bapanya sejak beberapa hari lepas dan kita syaki mangsa didera,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Akibat kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mangsa yang juga OKU kategori masalah pembelajaran kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ekoran kejadian itu, polis menahan bapa mangsa berusia 30-an kira-kira 4.30 petang tadi untuk membantu siasatan.

“Kita juga akan soal siasat ibu mangsa dan beberapa individu terdekat untuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: DSP Fadzil Hashim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Serbu Dadah Temukan Motosikal Hilang 11 Tahun

09/04/2018
0

PENDANG - Serbuan polis di sebuah rumah papan dua tingkat di Kampung Padang Pusing, dekat sini, membongkar penemuan sebuah motosikal...

8 Kes Pecah Rumah Selesai ‘Geng Mani’ Tumpas

07/12/2017
0

PENDANG - Polis menyelesaikan siasatan lapan kes pecah rumah sekitar daerah ini melibatkan kerugian hampir RM250,000 setelah menumpaskan 'Geng Mani'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd