• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“TMJ Itu Apa? Oh Tunku Mahkota Johor”

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhammad Zahid Md Arip seakan enggan mengulas mengenai kritikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pembangkang terutamanya mengenai pengerusi parti berkenaan.

Beliau hanya menjawab secara sinis dengan menyoal kembali maksud disebalik akronim ‘TMJ’ ketika disoal wartawan yang inginkan respon dari beliau.

“TMJ itu apa? Oh Tunku Mahkota Johor… Itu kena sebut betul-betul lain kali… ‘Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Johor’.

“Jangan sebut TMJ sahaja, saya ingat ‘TMJ’ ini maksudnya ‘tak mahu jalan’,” katanya menerusi rakaman berdurasi 47 saat itu.

Ditanya sama ada kritikan TMJ yang menyeru rakyat Johor menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad di mana ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kempen Pakatan Harapan terutamanya di negeri itu, Muhammad Zahid hanya mengatakan;

“Menyeru rakyat Johor menolak Tun Dr. Mahathir? Ahahaha, Allahuakbar, Ahahahaha, geli hati saya, itu saja komen saya,” jelasnya sambil tertawa terbahak-bahak kepada wartawan.

Semalam satu catatan panjang di Facebook Johor Southern Tigers yang dilihat mengkritik pemimpin pembangkang tanpa menamakan sesiapa yang dipercayai merujuk kepada Mahathir.

Kenyataan TMJ itu yang merujuk kepada ‘pemimpin berlidah cabang’ itu mengtakan pemimpin berusia 93 tahun itu bukan mahu menyelamatkan negara, tetapi aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

Dalam catatan itu juga, TMJ secara peribadinya menyeru rakyat Johor memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada dan percaya  jika ‘kapal ini’ telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PPBMTMJ
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd