• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Beri Isyarat Lucah, Buang Bendera BN

oleh AK-47
09/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Rakaman video memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan merosakkan bendera Barisan Nasional (BN) di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, tular di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi 41 saat itu dipercayai dirakam pada Ahad oleh seorang pengguna jalan raya yang melalui Jalan Burhanuddin Helmi, TTDI, kira-kira jam 10.30 pagi.

Menerusi rakaman, ia menunjukkan lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit mencabut, membuang dan mematahkan beberapa bendera BN di tepi jalan tidak jauh dari Balai Polis TTDI di sini.

Menyedari tindakannya itu dirakam, lelaki terbabit kemudian mengeluarkan perkataan dan isyarat lucah terhadap individu merakam tindakannya.

“F** off men, f*** off men!” ujar individu yang dilihat berseluar pendek dan berbaju putih itu.

Susulan insiden sabotaj itu, tiga laporan berhubung kejadian itu telah dibuat daripada pihak yang memasang bendera, kumpulan yang merakamkan insiden dan Pemuda UMNO Segambut.

Polis kini sedang mengesan pelaku di dalam video dan meminta mana-mana individu yang melihat kejadian diminta tampil memberi kerjasama dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO bahagian Wilayah Persekutuan mengecam tindakan lelaki terbabit yang melakukan perbuatan itu sebagai satu bentuk provokasi awal bagi mencetuskan keadaan hura-hara selepas Parlimen dibubarkan.

“Kami yakin individu tersebut merupakan ahli parti Pembangkang yang menerima upah dari Pakatan Harapan untuk mensabotaj seberapa banyak aset BN.

“Perkara ini tidak boleh dianggap mudah kerana ianya melibatkan maruah sesebuah parti, justeru itu kami menggesa orang ramai yang melihat kejadian ini segera melaporkan kepada pihak polis.

“Dalam masa yang sama, kami berharap seluruh jentera Pemuda BN Wilayah Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dengan pelbagai ancaman pembangkang yang sudah sekian lama menjadi amalan mereka semasa menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya dalam kenyataan hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BNPRU-14sabotaj
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

06/07/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Barisan Nasional (BN) Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd