• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Boleh Mohon Jadual Semula Bayaran PTPTN

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbabit banjir diminta berhubung dengan cawangan perbadanan itu yang terdapat di seluruh negara bagi menjadual semula bayaran pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, penjadualan semula pinjaman perlu dilakukan bagi mengatasi bebanan yang mereka hadapi setelah terbabit banjir baru-baru ini.

“PTPTN bersedia menimbangkan jadual bayaran tersebut dan ia merupakan satu tanggangjawab perbadanan itu kepada peminjam yang menghadapi masaalah terutamanya mangsa banjir untuk melunaskan pinjaman,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan termasuk alat persekolahan dan wang tunai kepada pelajar di Parlimen Kuala Krau yang terbabit banjir di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau di sini pada Isnin.

Majlis turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said.

Bagaimanapun, Shamsul Anuar berkata jumlah sebenar peminjam yang terlibat tidak diperoleh.

“Setakat ini ada peminjam yang terbabit banjir sudahpun berhubung dengan PTPTN, tetapi jumlahnya masih kecil dan diharap lebih ramai yang akan berurusan dan kita bersedia membantu,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau yang juga Anggota Parlimen Lenggong menggesa peminjam PTPTN yang kehilangan dokumen termasuk kad keahlian, surat perjanjian pinjaman atau berkaitan perbadanan itu dalam banjir baru-baru ini supaya berhubung segera dengan mana-mana cawangan perbadanan itu.

Sementara itu, katanya PTPTN memperuntukkan RM2 juta bagi bantuan peralatan persekolahan kepada kira kira 28,000 pelajar sekolah terbabit banjir di seluruh negara tahun ini.

“Bantuan tersebut merupakan tanggungjawab sosial perbadanan dalam usaha mengatasi bebanan yang dihadapi keluarga dan pelajar terbabit untuk meneruskan pembelajaran ,” katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd