• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Sarawak Lancar Manifesto PRU14 Esok

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk Pilihan Raya ke-14 (PRU14) yang dilancarkan esok akan mengandungi penambahan perkara berkaitan dengan kepentingan negeri.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, selain penambahan perkara berkaitan kepentingan negeri manifesto itu akan selari dengan manifesto BN pusat yang dilancarkan semalam.

“Tunggulah esok (9 April),” katanya kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto BN Sarawak.

Terdahulu Abang Johari merasmikan Program Sejiwa Senada 2018 yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) melibatkan penyertaan lebih 100 jabatan serta agensi persekutuan dan negeri.

Di dalam ucapan perasmian, Johari berkata, Manifesto BN yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membuktikan keprihatinan kepimpinan BN sekarang terhadap kepentingan Sarawak dan Sabah.

Johari berkata, kesediaan kerajaan BN untuk meneruskan rundingan menyerahkan balik hak-hak yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada Sarawak dan Sabah secara konsensus adalah komitmen ikhlas daripada Perdana Menteri sekarang berbanding bekas Perdana Menteri sebelum ini.

Selain perkara berkaitan MA63, Abang Johari berkata, isu penambahbaikan sistem telekomunikasi di Sarawak dan Sabah dengan jumlah dijanjikan sebanyak RM2 bilion selari dengan keperluan kedua-dua negeri ini.

Mengenai rancangan jangka panjang kerajaan negeri untuk bahagian Miri, beliau berkata pelancongan dan pertanian akan dibangunkan secara agresif terutama sekali di kawasan Taman Negara Mulu dan Sibuti.

Dalam majlis yang sama beliau turut mengumumkan bantuan kerajaan negeri berjumlah RM100,000 membangunkan semula Rumah Panjang Long Peluan, Ulu Baram di Marudi, kira-kira 400km dari sini yang mengalami kebakaran pada petang Khamis lepas.

Kebakaran itu menyebabkan 133 penghuni hilang tempat tinggal serta seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun melecur. – BERNAMA

Tags: PRU14sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd