• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Perjelas Kekeliruan Isu Guna Simbol PKR

oleh Ahmad Albab
09/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa kenyataannya berkaitan penggunaan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh anggota parti lain yang dilaporkan perlu mendapatkan kebenarannya telah disalah erti.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah malam ini mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan salah faham dan kekeliruan berkaitan isu penggunaan simbol PKR oleh bakal calon daripada parti-parti lain yang perlu mendapat kelulusan SPR seperti dilaporkan semasa satu sidang media terdahulu hari ini.

“SPR tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya ingin digunakan lambang atau simbol PKR dalam pilihan raya oleh mana-mana individu yang dibenarkan oleh PKR itu sendiri perlu dapat kebenaran SPR,” katanya.

Menurutnya, apa yang dinyatakan semasa sidang media selepas Simulasi Bilik Gerakan PRU14 itu adalah sekiranya status pendaftaran atau simbol Pakatan Harapan tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) serta lambangnya masih tidak berdaftar dengan SPR, maka ia tidak boleh digunakan dalam PRU14 sebagai bahan kempen.

“Apa yang dinyatakan pada sidang media itu ialah sekiranya seseorang calon itu bercadang bertanding atas tiket PKR, maka hanya simbol parti itu sahaja yang dibenarkan diguna semasa PRU14 untuk tujuan kempen, manakala simbol-simbol parti lain tidak boleh digunakan sebagai bahan kempen termasuk simbol DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya.

Menurutnya, kenyataan SPR telah disalah erti seolah-olah keputusan untuk penggunaan lambang PKR oleh ahli parti lain untuk tujuan pilihan raya mesti mendapat kebenaran daripada SPR.

“Ingin ditegaskan kebenaran untuk menggunakan simbol PKR oleh calon yang ingin bertanding atas tiket parti itu adalah di bawah bidang kuasa parti itu,”katanya.

Beliau berkata laporan pihak media berkenaan perkara itu adalah tersasar daripada makna sebenar yang cuba dinyatakan semasa sidang media tersebut, SPR berharap semua pihak tidak menyalah erti kenyataan tersebut. – BERNAMA

Tags: PKRTan Sri Mohd Hashim Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd