• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Juta Usahawan Digital Akan Diwujudkan

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak satu juta usahawan digital akan diwujudkan dalam tempoh lima tahun dalam usaha negara menuju ke arah kerajaan digital.

Itu adalah antara janji yang terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

BN selain itu berjanji akan merekayasakan ekosistem ekonomi digital melalui geran permulaan dan dana pembangunan teknologi.

Pelbagai aplikasi dalam talian akan ditambah selaras dengan usaha kerajaan menuju ke arah kerajaan digital termasuk memperkenalkan aplikasi ‘iKepoh’ untuk membolehkan orang awam membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui telefon pintar.

Bagi memperkasakan digital, BN turut berjanji:

Mewujudkan sekurang-kurangnya satu Pusat Internet di setiap Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan masyarakat.

Memperkenalkan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian bagi mengurangkan kos pengambilan pembantu rumah asing.

Mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia – B40 Window – bagi memastikan tiada ketidakadilan dalam pemberian bantuan.

Memacu negara ke arah Revolusi Industri 4.0 untuk mencerakinkan data besar.

Merealisasikan sasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2023.

Meningkatkan ketelusan PBT dengan mewajibkan siaran langsung setiap kali ahli-ahli majlis bermesyuarat.

Mendedahkan laporan audit tahunan PBT untuk tatapan awam.

Mewajibkan Town Hall bersama penduduk secara berskala yang akan dilaksanakan oleh PBT.

Merealisasikan transformasi PBT dengan mengaplikasikan keterbukaan maklumat.

Mewujudkan Ombudsman untuk menyiasat sebarang aduan awam mengenai ketidakadilan dan kelemahan perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Menggubal Akta Berita Palsu bagi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam serta kestabilan ekonomi

Menggubal Akta Dana Politik bagi memantau sumbangan dan perbelanjaan parti-parti politik di Malaysia

Menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam memperhalusi serta memberi maklum balas isu-isu kepentingan awam. – BERNAMA

Tags: Manifesto BN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd