• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lagi Negeri Bubar DUN Serentak Hari Ini

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga lagi negeri – Kelantan, Pahang dan Kedah hari ini membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serentak menyusuli pembubaran Parlimen ke-13.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU14, berbeza dengan kelaziman pengumuman dan pembubaran dibuat pada hari yang sama.

Pengumuman Najib itu diikuti oleh pengumuman sama oleh lima negeri semalam iaitu Sabah, Perlis, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, dan tambahan tiga lagi negeri sehingga 6 petang tadi.

Pembubaran DUN KELANTAN diumumkan hari ini oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob setelah diperkenankan oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra selepas Ahmad menghadap baginda di ibu negara malam tadi.

Bagi PAHANG pula, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memberi perkenan untuk membubarkan DUN setelah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menghadap baginda pada pukul 12.30 tengah hari di Istana Abu Bakar di Pekan.

Untuk KEDAH, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah telah menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Darul Aman di sini dan telah diberi perkenan untuk membubarkan DUN hari ini.

Sementara itu, Ketua Menteri PULAU PINANG, Lim Guan Eng akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, Isnin (9 April) ini untuk mendapatkan persetujuan pembubaran DUN negeri itu.

Bagi SELANGOR, satu istiadat pembubaran DUN akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Isnin pukul 10.30 pagi, setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pembubaran DUN PERAK pula akan diadakan dalam satu majlis di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 10 pagi Isnin ini. Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah berkenan berangkat ke majlis menzahirkan pengumuman pembubaran DUN itu.

Bagi TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijadual menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin pada pagi Rabu (11 April) di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu untuk mendapat perkenan baginda bagi DUN dibubarkan. – BERNAMA

Tags: Bubar Dun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pulau Pinang, 5 Negeri Sepakat Bubar DUN Jun, Ini Reaksi Setiausaha Agung DAP

Pulau Pinang, 5 Negeri Sepakat Bubar DUN Jun, Ini Reaksi Setiausaha Agung DAP

23/02/2023
0

PELABUHAN KLANG : Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam mengumumkan Selangor bersama lima negeri lain, termasuk tiga di bawah...

Enam Negeri Sepakat Bubar DUN Jun Ini

Enam Negeri Sepakat Bubar DUN Jun Ini

22/02/2023
0

SHAH ALAM: Enam negeri, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu sepakat bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd