• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronaldinho Minat Bermain Dalam Liga Malaysia

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG), Ronaldinho menyuarakan minatnya bermain dalam Liga Malaysia (Liga M), tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Pemain berusia 37 tahun itu berkata dia begitu tertarik untuk bemain di negara ini apabila mendapati rakyat Malaysia sangat meminati bola sepak.

“Ini bukan suatu gurauan, saya memang berminat untuk bermain di Malaysia. Semua orang di sini meminati bola sepak dan saya yakin mereka akan layan saya dengan cukup baik.

“Mungkin saya akan bermain di sini secara percuma,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Jelajah Trofi Kejohanan UEFA di pusat beli-belah Pavilion hari ini.

Kira-kira 400 peminat membanjiri ruang utama Pavilion untuk menatap wajah legenda bola sepak dunia itu dan berswafoto dengan Trofi Kejohanan UEFA.

Sementara itu, pemenang dua kali Ballon d’Or itu berkata dia mempunyai banyak projek selepas persaraan yang diumumkan pada awal Januari.

“Seperti yang anda maklum, saya ingin memberi fokus kepada akademi saya – Ronaldinho Soccer Academy, dan menyumbang kembali kepada kanak-kanak kerana saya mahu mereka menjadi pemain bola sepak profesional pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Ronaldinho yakin negaranya, Brazil, mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia Jun ini.

“Saya rasa peluang kami cukup besar kali ini. Kami mempunyai pasukan yang sangat kuat dan jurulatih yang hebat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ronaldinho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldinho Bebas Dari Penjara, Jalani Tahanan Rumah

08/04/2020
0

ASUNCION - Hakim, Gustavo Amarilla memerintahkan legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho serta abangnya dibebaskan dan diletakkan di bawah tahanan rumah...

Tapak Kaki Ronaldinho Di Maracana

10/01/2019
0

RIO DE JANEIRO - Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho mengabadikan tapak kakinya di dewan kemasyhuran legenda Rio, Stadium Maracana,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd