• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo PKR: Pakatan Harapan Perlu Dapat Izin SPR

oleh Ahmad Albab
07/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Pakatan Harapan perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan penggunaan satu logo sahaja pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Bagaimanapun, katanya SPR masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan penggunaan satu logo itu daripada Pakatan Harapan dan cuma mendapat maklumat mengenainya melalui laporan media.

“Kebenaran menggunakan logo adalah daripada kita (SPR).

“Kalau dia mahu guna logo baharu dan sebagainya, kita (SPR) kena beri kelulusan,” katanya dalam sidang media bersempena Simulasi Bilik Gerakan PRU14 di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu program di Pasir Gudang, Johor semalam mengumumkan keempat-empat parti dalam pakatan itu akan menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk PRU14 nanti.

“Kalau parti politik, dia dah daftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kemudian dia kena kemuka kepada kita. Kita tengok jika logo itu tidak bertentangan (dengan peraturan), kita luluskan saja,” kata Mohd Hashim lagi.

Sementara itu, menjelaskan kenyataan beliau yang dipetik dalam laporan media (NST) telah diputar belitkan oleh pihak tertentu, dengan menyatakan kononnya mengiyakan Kajian Semula Persempadanan Kawasan Pilihan Raya dibuat berdasarkan polarisasi kaum.

Jelasnya, apa yang dimaksudkan adalah contoh mengenai prinsip hubungan tempatan di antara etnik minoriti di Sarawak yang tidak wajar dipisahkan dan diberi perhatian oleh SPR dalam mempertimbangkan syor persempadanan semula di Sarawak sebelum ini.

“Apa yang dikatakan hanya berkaitan etnik-etnik di Sarawak bukannya merujuk kepada kaum sepertimana yang dinyatakan. Keadaan di Sarawak dan Semenanjung adalah berbeza.

“Saya berharap pihak tertentu hentikanlah memutar belitkan fakta dan ia (kajian semula persempadanan) dibuat adalah untuk kemudahan pengundi dan wakil rakyat berkhidmat kepada pengundi mereka,” katanya. — BERNAMA

Tags: PKRTan Sri Mohd Hashim Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd