• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dukun Kutip RM1.5 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

oleh
08/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS 12 tahun ‘terperam’, filem arahan Dain Said berjudul Dukun akhirnya bertemu penonton di layar perak buat kali pertama pada 5 April lalu.

Filem kontroversi itu malah mencatatkan sejarah buat syarikat penerbitannya apabila berjaya meraih kutipan tertinggi sehingga RM1.5 juta pada hari pertama tayangannya.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, kutipan itu adalah hasil daripada 120 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei.

“Astro Shaw berbesar hati mengumumkan filem Dukun membuka tayangan hari pertama di pawagam dengan catatan manis bersama kutipan menghampiri angka RM1.5 juta.

“Kami juga menerima berita baik daripada pihak pempamer apabila adanya penambahan lokasi tayangan, dengan jumlah keseluruhan 133 pawagam setakat ini,” katanya dipetik BH Online.

SALAH SATU BABAK DALAM FILEM DUKUN.

Dalam pada itu, Najwa turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan penuh terhadap filem tersebut.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada penonton yang menonton filem ini di pawagam.

“Semoga filem ini menunjukkan hasil positif dan kepada mereka yang masih belum berkesempatan, segera ke pawagam berdekatan untuk menonton Dukun,” ujar Najwa.

Untuk rekod, kutipan pembukaan Dukun dikatakan hampir menyamai pungutan hari pertama filem terbitan Skop Productions iaitu KL Gangster yakni sebanyak 1.6 juta pada 2011. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: DUKUNFilem DukunUMIE AIDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah Nampakkan Mana Sahabat, Mana Musibat” – Erma

14/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Selepas pelakon Datin Seri Umie Aida membuat luahan perasaan di Instagram miliknya gara-gara dikhianati sahabat baik, kakaknya...

Umie Aida Sindir Erra Fazira?

12/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida mencetuskan spekulasi apabila mendedahkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh seorang individu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd