• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Guna Simbol, Logo PKR Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
07/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan logo dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Harapan di Taman Bukit Dahlia, di Pasir Gudang, di sini, malam ini.

“Saya dengan sukacita ingin maklum dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini, keempat-empat buah parti ini (DAP, PKR, PAN) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai individu, akan menggunakan simbol Keadilan (PKR),” katanya berucap pada program berkenaan.

Hadir sama Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sementara itu, Mohamad mengumumkan timbalannya, Salahuddin Ayub akan bertanding kerusi Parlimen Pulai yang disandang oleh wakil Barisan Nasional (BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Selain itu, Exco Pemuda PAN Johor, Abrary Ramly bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, Timbalan Ketua PAN Pengerang, Ahmad Kamah Nor (DUN Penawar), Timbalan Pengerusi PAN Johor, Dzulkefly Ahmad (DUN Kota Iskandar).

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat akan bertanding kerusi DUN Kukup. – BERNAMA

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd