• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cover Lagu Sufian, Netizen Merayu Nazim Henti Nyanyi

oleh
06/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dinafikan semakin hari semakin ramai pelakon kini turut bergelar penyanyi… Tapi, tak semua pelakon mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Bakat dalam bidang nyanyian itu juga bagaikan tiada pada pelakon Nazim Othman yang juga merupakan suami kepada pelakon cantik manis, Bella Dally.

Baru-baru ini, Nazim telah merakamkan lagu cover Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu yang kini kelihatan seperti ‘menghantui’ ramai pendengar.

Video lagu berkenaan telah dimuat naik dekat akaun Youtube milik pelakon Fatin Afeefa selaku rakan duetnya bagi video cover berkenaan.

Namun sayang sekali kerana usaha Nazim menyanyikan lagu berkenaan telah dikritik hebat oleh ramai netizen yang seperti langsung tidak menyukai lenggok suaranya.

Berderet-deret kritikan telah diterima oleh Nazim apabila ramai netizen menyuruh dia hanya fokuskan pada bidang lakonan sahaja dan lupakan niatnya untuk bergelar seorang penyanyi.

Bagaimanapun, ramai netizen memuji suara dan cara nyanyian Fatin yang terbukti merdu untuk didengar, jika dibandingkan dengan Nazim.

Tak cukup dengan itu, ada juga ‘juri’ yang ‘bertanggungjawab’ untuk memberikan komen tentang penampilan Nazim yang bagaikan mengenakan solekan di dalam video itu.

Atau mungkin dia hanya memakai bedak dan sedikit lipbalm sahaja untuk mengelakkan wajahnya kelihatan pucat lesi. Bukanlah dia memakai alat solek berlebihan seperti seorang wanita.

Dalam yang mengkeji, mujur masih ada yang memberi komen positif dan tetap menyokong Nazim dalam industri seni ini.

Selain Nazim dan Fatin, ramai lagi selebriti lain yang turut terpikat dengan lagu Di Matamu, antaranya ialah Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Khai Bahar dan ramai lagi. – MYNEWHUB.CC/ AH

Tags: di matamufatin afeefanazim othmanNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd